Kami pelajar dari Politeknik METrO Johor Bahru, sesi Jun 2017. Kami dari kelas DLS1B. Mata pelajaran Pengajian Malaysia. Pensyarah kami ialah Puan Norhafiza binti Ahmad. Nama ahli kumpulan kami ialah Parames Malaqat dan ahli kumpulannya ialah :
MUHAMAD AL-ZAFRAN BIN SHALIHEN
Merupakan ketua kumpulan Parames Malaqat. Sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu dan rajin menjalankan usrah pada waktu senggang. Seorang yang berketerampilan serta menjaga kualiti diri. Salah seorang peminat tegar rancangan Kampung Boy.
NUR AIN NAZIHAH BINTI MOHD NOORLI
Antara salah seorang pelajar perempuan di dalam kumpulan Parames Malaqat. Seorang yang periang dan peramah tetapi agak sedikit tegas. Seorang yang suka mengembara dan bersaing. mudah melaksanakan kerja yang diberikan dan sentiasa menyokong pendapat orang lain. Antara pelajar yang cantik dan berfikiran matang di dalam kelas :P
MUHAMAD AQQIF BIN MOHD ZAIN
Seorang yang mementingkan kekemasan dan rajin melakukan tugasan yang diberikan tepat pada waktu. Suka bermain online games. Seorang peniaga yang berjaya dalam perniagaan telur pindang dan seaweed.
FARIZ AMIR BIN ZAINAL ABIDIN
Antara pelajar lelaki yang digilai ramai dan diminati. Berumur 18 tahun, anak kedua daripada 4 adik-beradik, periang, comel, kacak serta pandai memikat hati ibu awak semua. Seorang yang bertanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang rakan sekelas.
MOHAMAD SHAMIM BIN MOHD FIRDAUS
Seorang yang peramah dan banyak bercakap. Sangat berminat dengan sukan bola sepak dan futsal yang pernah bermain bermacam macam pertandingan. Merupakan antara idaman gadis-gadis.
HOIROL ROHMAN BIN ABDUL MANAF
Antara pelajar yang pandai dalam membaiki rumah dan sangat meminati kartun Boboiboy. Seorang yang montel dan pemalu ketika berada di dalam kelas. Rajin dan sentiasa memberi pendapat dan sokongan.
NUR ERRA SYAKIRA BINTI SAHLAN
Merupakan seorang pelajar yang periang dan tidak lekang dengan senyuman dibibirnya. Sentiasa rendah diri dan tidak menolak permintaan rakan apabila memerlukan pertolongannya.
MUHAMMAD HAZIM FIDA'IY BIN KHAIRIZAM
Antara pelajar yang lambat mendaftarkan diri tetapi cepat menyesuaikan diri di PMJB. Rajin meluangkan masa bersama rakan-rakan. Seorang yang meminati permainan video dan menonton anime.
By: Ain Nazihah & Fariz