Selasa,
8.8.2017
Assalammualaikum , kami dari kumpulan Paramesmalaqat ingin membincangkan topik yang telah kami pelajari pada hari ini.
Pada hari ini, Puan hafiza telah menerangkan dengan teliti tentang bab 3 dan 4 iaitu berkenaan Sistem Pentadbiran Negara dan Pemerintahan Negara , serta Perlembagaan Malaysia.
Daripada apa yang telah kami pelajari daripada topik 3, kami dapat mengetahui beberapa hal yang sangat penting iaitu terdapat 3 badan di bawah Majlis Raja-Raja iaitu Badan Pentadbiran , Badan Perundangan ,Badan Kehakiman. Selain itu, kami juga telah mempelajari bagaimana YDPA dilantik kerana pada sebelum ini kami tidak mengambil endah dan menganggap untuk mengetahuinya amat tidak penting. Setelah mengetahui cara YDPA ini dilantik telah wujud sifat di dalam diri kami bahawa untuk mengetahui segala hal di dalam negara kita amat penting dan kami mula menanamkan sifat bahawa subjek Pengajian Malaysia adalah satu subjek yang amat menyeronokkan .
Sesi pembelajaran kami pada hari ini telah dipantau oleh Ketua Jabatan dan amat menggembirakan sekali bahawa semua pelajar DLS1B memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama kepada Puan Hafiza ketika sesi pembelajaran di jalankan . Kami amat berharap bahawa Ketua Jabatan amat berpuas hati terhadap cara pengajaran Puan Hafiza kerana bagi kami , Puan Hafiza mengajar dengan penuh keikhlasan dan kesabaran kerana tidak selalu pelajar DLS1B menjaga tingkah laku dan memberikan perhatian semasa sesi pembelajaran dijalankan kerana itu adalah lumrah bagi setiap pelajar berperilaku seperti itu .
Daripada topik 4 , kita telah mempelajari tentang perlembagaan yang ada di Malaysia.
Akhir sekali topik 5 , kita telah mempelajari tentang tahap hubungan etnik di Malaysia
Iaitu segregasi.
By Hoirol Rohman
No comments:
Post a Comment