Saturday, September 2, 2017

Quiz Kahoot!

22.8.17

Pada 22.8.17 di makmal komputer 2 latihan Kahoot! topik 3 telah dijalankan selama 1 jam 30 minit. Banyak ilmu dan tips yang kami perolehi daripada aplikasi Kahoot! Aplikasi Kahoot! Ini adalah salah satu medium yang baharu untuk mengambil perhatian dan hati pelajar pelajar untuk meminati subjek Pengajian Malaysia . Bukan mudah untuk meminati subjek Pengajan Malaysia ini kerana generasi muda sekarang kurang didedahkan dengan sejarah sejarah yang terdahulu . Oleh itu , seiring dengan arus perdana yang sedang berkembang pesat , aplikasi Kahoot! Berjaya menambat hati pelajar untuk meminati subjek Pengajian Malaysia . Terima kasih kepada Puan Hafizah kerana tidak jemu untuk mengemukakan soalan soalan Kahoot! Kepada kami .


Kumpulan ParamesMalaqat amat berbangga dengan kejayaan Fariz Amir iaitu salah seorang anggota ParamesMalaqat kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam permainan ini . Secara umumnya , untuk bersaing dengan pelajar yang lain dalam permainan ini amat sukar kerana pelajar DLS1B tidak kurang hebatnya dan masing masing mempunyai kelebihan mereka sendiri . Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fariz Amir kerana berjaya menaikkan nama ahli kumpulan ParamesMalaqat .


Justeru itu , permainan dalam aplikasi Kahoot! Ini harus dilakukan secara kerap kerana semua pelajar amat suka bersaing sesama sendiri . Tetapi , ia adalah bersaing secara sihat bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Dengan aplikasi yang sangat mudah dan dapat diakses dengan hanya menggunakan telefon bimbit masing masing , pelajar lebih bersemangat untuk mendapat tempat pertama dan menguji minda mereka . Syabas kepada pencipta aplikasi Kahoot!
Prepared by: Fariz Amir 

No comments:

Post a Comment