Puan Norhafizah telah menjalankan Quiz 1 pada 18.7.17 dan menerangkan kegunaan dan kelebihan bilik TECC. Pada mulanya , kami tidak mengetahui tentang kewujudan bilik TECC ini . Perasaan kami apabila melangkah kaki untuk masuk ke bilik ini kami merasakan satu suasana yang ceria kerana bilik tersebut penuh dengan warna warna yang ceria tambahan dengan Puan Hafizah yang makin hari makin cantik orangnya . Bilik TECC ini lengkap dengan pelbagai teknologi canggih seperti boleh menulis di whiteboard dengan hanya menggunakan jari . Puan Hafizah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba teknologi yang sangat canggih ini . Bilik TECC ini sesuai untuk sesi subjek Pengajian Malaysia kerana ia penuh dengan warna warna yang ceria serta kemas dan teratur .

Perasaan yang sangat gembira jelas terpancar di wajah kami ini apabila sesi pengajaran dilakukan di dalam bilik TECC . Bilik TECC yang sangat luas membuatkan semua pelajar berasa selesa untuk berada di situ. Pelajar pelajar yang kerap mengantuk di dalam kelas tidak akan berasa ngantuk kerana keindahan dan keunikan bilik TECC itu sendiri . Setelah kami diperkenalkan dengan bilik TECC, Kami dikehendaki menjawab Kuiz 1 yang pertama kalinya di dalam sem 1 ini untuk subjek pengajian Malaysia . Semua pelajar memerah otak untuk mengingati segala apa yang dipelajari pada hari sebelumnyaa. Kuiz 1 dan sesi penegenalan di bilik TECC berjalan dengan lancar dan menggembirakan hati kami semua . Terima kasih kepada Puan Hafizah .
Prepared by:Nur Erra Syakira
No comments:
Post a Comment