Monday, September 4, 2017

Lawatan Sambil Belajar

                 

 Lawatan ke Muzium Tokoh Johor.

 Assalammualaikum W.B.T kepada semua, pada tarikh 13 Julai 2017, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke Mizium Tokoh di Bukit Senyum. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Semester 1. Kami  berkumpul di hadapan Politeknik pada pukul 8 pagi. Kami memulakan perjalanan pada pukul 9 ke Bukit Senyum. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Politeknik.


 Kami tiba di sana pada pukul 9:30 pagi. Kami berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat dari Puan Hafizah tentang tugas yang akan dilakukan. Selain itu, Puan Hafizah juga mengambil kehadiran pelajar.

Kami mula memasuki Muzium pada pukul 10: 30 pagi.

Selepas sahaja kami memasuki muzium tersebut , kami diberi taklimat oleh pegawai yang berada di muzium tersebut di ruang tamu Dato Onn Jaafar kira-kira  selama 30 minit kami diberi taklimat kami dibenarkan naik ke tingkat 2 untuk melihat2 dan mencari .maklumat ..dan disini dapt diketahui bahawa kami tidak dibenarkn mengambil gambar semua maklumat yang ade kerana ia merupakan perkara rahsia yang perlu dijaga kerana ia merupakan hak milik keluarga sultan
Setelah kami memperoleh maklumat kami membuat satu liputan di aras bawah untuk kerja khusus berkumpulan kami

Setelah kami berada di muzium tersubut kira 2 jam 30 minit kami mulakan destinasi kedua kami iaitu di Warisan yayasan Johor 

Kami tiba disana pada jam 12.30.disana kami menjamu selera untuk makan tengahari ..selepas sahaja kami menjamu selera kami terus masuk ke dalam bangunan tersebut dan melihat beberapa warisan melayu johor seperti corak kain batik johor dan baju cekak musang asli dan baju kurung asli daripada johor
Setelah kami melihat semua pameran kami terus pergi ke perpustakaan warisan yayasan johor untuk mencari semua maklumat tokoh yang ade disana
Setelah kami mendapat semua maklumat ..kami terus beranjak pulang ke politeknik kami di taman suria iaitu politeknik metro johor bahru dan kami sampai di IPT kami kira2 jam 2.45

Akhir sekali kami semua ahli paramesmaqat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak muzium Bukit Senyum dan pihak warisan yayasan johor kerana membantu kami untuk mendapatkan semua maklumat tokoh2 dan disini kami mendapat banyak ilmu daripada sejarah yang ada ..
Dan tidak lupa kepada semua pensyarah terutamanya puan Norhafizah kerana membantu kami untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.Selain itu juga kepada orang yang membawa kami ke semua destinasi dengan selamat iaitu pakcik dan abng bas 

Prepaid by Hoirol rohman,fariz amir,zafran,aqqif

No comments:

Post a Comment