Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selain dari itu, beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Beliau juga menyampaikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Kuala Lembah Kelang.Pengalaman
- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan AntarabangsaPertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)– (1999 – 2001)
- SUA JIM (2001 – 2003)
- Naib Presiden JIM (2003 – 2005)
- Ahli Dewan Perwakilan Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia (2010 – sekarang)
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Negeri Selangor (2010-sekarang)
- Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (2010 - sekarang)
- Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) (2006 - sekarang)
Penulis enam buah buku isu Palestin:
- Israel – Kenapa Dunia Tidak Boleh Iktiraf?
- Berdamai Dengan Israel – Berapa Harganya?
- Dalang di Palestin (HAMAS atau Israel?)
- Air Mata Gaza
- Palestine : Unrivalled Oppression
- Membongkar kejahatan Israel
Fariz amir &Hoirol Rohman
No comments:
Post a Comment