Monday, September 25, 2017

Projek blog


SEMAKAN TENTANG PROJEK BLOG




Pada 25.9.17 puan telah menyemak dan para pelajar telah membentangkan blog kumpulan masing-masing untuk dilihat oleh puan Hafizah.

Puan juga telah menunjuk ajar untuk menggunakan powtoon dan pelbagai aplikasi untuk membuat video dan audit video2 yang kurang memuaskan.

sekian laporan dari saya

preapred by: muhammad Aqqif

Sesi pnp

SESI PNP BERSAMA PUAN NORHAFIZAH










PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Puan Hafizah telah menerangkan dan membincangkan di dalam kelas pada 2.8.2017 dan mengajar para pelajar dls1b tentang perlembagaan malaysia iaitu berfungsi sebagai Undang-undang Dasar yang akan menentukan kuasa dan pemerintahan kerajaan Malaysia. 

ciri-ciri perlembagaan persekutuan dapat dibahagikan ke 6 iaitu;-
1)Raja berpelembagaan
2)ketertinggian perlembagaan
3)demokrasi berparlimen
4)kebebasan undang-undang
5)agama islam
6)pengasingan kuasa

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah ;-
1)bahasa
2)agama
3)hak istimewa orang melayu
4)hak asasi
5)kewarganegaraan

Kelima-lima perkara pada rajah ini tidak boleh dibangkitkan, disanggah atau dipersoalkan dalam parlimen atau dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri oleh mana-mana ahli dewan.

sekian

prepared by: Muhammad Aqqif

Sunday, September 24, 2017

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor






Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain dari itu, beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Beliau juga menyampaikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Kuala Lembah Kelang.





Pengalaman


  •  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan AntarabangsaPertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)– (1999 – 2001)
  •  SUA JIM (2001 – 2003)
  •  Naib Presiden JIM (2003 – 2005)
  • Ahli Dewan Perwakilan Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia (2010 – sekarang)
  •  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Negeri Selangor (2010-sekarang)
  •  Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (2010 - sekarang)
  •  Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) (2006 - sekarang)

 Penulis enam buah buku isu Palestin:

  • Israel – Kenapa Dunia Tidak Boleh Iktiraf?
  •  Berdamai Dengan Israel – Berapa Harganya?
  •  Dalang di Palestin (HAMAS atau Israel?)
  • Air Mata Gaza
  •  Palestine : Unrivalled Oppression
  •  Membongkar kejahatan Israel
Fariz amir &Hoirol Rohman

Wednesday, September 13, 2017

Minggu Kemerdekaan





Disediakan oleh: Mohamad Shamim , Fariz Amir , Rohman , Zafran & Aqqiff



 
Beberapa anggota kumpulan kami menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Kelab SAHABAT PMJB. Antara pertandingannya ialah teka silang kata, teka nama tokoh, mencipta logo dan jawab cepat.






Seramai 6 anggota Parames Malaqat berjaya memenangi pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Fariz, Rohman, Shamim, Al-Zafran, Aqif dan Erra Syakira.




Sekian laporan kami pada kali ini, Terima Kasih


Tuesday, September 12, 2017

Minggu Perbentangan


     Disediakan oleh: Mohamad Shamim dan Hazim Fida'iy

Kami berkumpul bagi mengemas kini blog dan video kami berada dalam keaadaan baik dan teratur.





Akhirnya kami dapat berkumpul bersama selepas beberapa pelajar yang baharu mendaftarkan diri menyertai kumpulan kami.



Inilah "tagline" kumpulan kami yang berpaksikan nama kumpulan kami iaitu Parames Malaqat yang bermaksud tempat berlindung.




Tuesday, September 5, 2017

SESI PNP



Assalamualaikum. Pada 5/9/2017, Puan Hafizah telah mangajar kami Topik 6 iaitu tentang Rancangan dan Visi Pembangunan. Daripada topik ini, kita dapat mengenal pasti isu-isu yang diketengahkan dalam setiap rancangan pembangunan negara serta visi kerajaan dalam pembangunan.


prepared by: Ain Nazihah & Erra Syakira

Monday, September 4, 2017

Dato onn jaafar

Dato' Onn Jaafar dilahirkan di Seri Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru pada 12 Februari 1895 serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Dato' Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.




Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.





Prepared by: Aqqif , Hoirol Rohman & Hazim 

Lawatan Sambil Belajar

                 

 Lawatan ke Muzium Tokoh Johor.

 Assalammualaikum W.B.T kepada semua, pada tarikh 13 Julai 2017, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke Mizium Tokoh di Bukit Senyum. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Semester 1. Kami  berkumpul di hadapan Politeknik pada pukul 8 pagi. Kami memulakan perjalanan pada pukul 9 ke Bukit Senyum. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Politeknik.


 Kami tiba di sana pada pukul 9:30 pagi. Kami berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat dari Puan Hafizah tentang tugas yang akan dilakukan. Selain itu, Puan Hafizah juga mengambil kehadiran pelajar.

Kami mula memasuki Muzium pada pukul 10: 30 pagi.

Selepas sahaja kami memasuki muzium tersebut , kami diberi taklimat oleh pegawai yang berada di muzium tersebut di ruang tamu Dato Onn Jaafar kira-kira  selama 30 minit kami diberi taklimat kami dibenarkan naik ke tingkat 2 untuk melihat2 dan mencari .maklumat ..dan disini dapt diketahui bahawa kami tidak dibenarkn mengambil gambar semua maklumat yang ade kerana ia merupakan perkara rahsia yang perlu dijaga kerana ia merupakan hak milik keluarga sultan
Setelah kami memperoleh maklumat kami membuat satu liputan di aras bawah untuk kerja khusus berkumpulan kami

Setelah kami berada di muzium tersubut kira 2 jam 30 minit kami mulakan destinasi kedua kami iaitu di Warisan yayasan Johor 

Kami tiba disana pada jam 12.30.disana kami menjamu selera untuk makan tengahari ..selepas sahaja kami menjamu selera kami terus masuk ke dalam bangunan tersebut dan melihat beberapa warisan melayu johor seperti corak kain batik johor dan baju cekak musang asli dan baju kurung asli daripada johor
Setelah kami melihat semua pameran kami terus pergi ke perpustakaan warisan yayasan johor untuk mencari semua maklumat tokoh yang ade disana
Setelah kami mendapat semua maklumat ..kami terus beranjak pulang ke politeknik kami di taman suria iaitu politeknik metro johor bahru dan kami sampai di IPT kami kira2 jam 2.45

Akhir sekali kami semua ahli paramesmaqat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak muzium Bukit Senyum dan pihak warisan yayasan johor kerana membantu kami untuk mendapatkan semua maklumat tokoh2 dan disini kami mendapat banyak ilmu daripada sejarah yang ada ..
Dan tidak lupa kepada semua pensyarah terutamanya puan Norhafizah kerana membantu kami untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.Selain itu juga kepada orang yang membawa kami ke semua destinasi dengan selamat iaitu pakcik dan abng bas 

Prepaid by Hoirol rohman,fariz amir,zafran,aqqif

Video Tokoh - Dato Onn Jaafar


E-Folio (video)





Selamat menonton dan menghayati video yang telah kami sediakan mengenai Dato' Onn Jaafar atas segala pengorbanan dan kegigihan yang telah beliau sumbangkan dalam membantu Malaysia mencapai kemerdekaan.Pujian ke atas setiap ahli atas sumbangan dalam penyuntingan video pada kali ini.




Nur Ain Nazihah Binti Mohd Noorli (penyusunan skrip)
Nur Erra Syakira Binti Sahlan (Mengakses maklumat)
Muhamad Al-Zafran Bin Shalihen (Jurugambar)
Muhammad Aqqif Bin Mohd Zain (Penyunting video)
Fariz Amir Bin Zainal Abidin (Naratif)
Mohamad Shamim Bin Mohd Firdaus (Penyunting Video)
Muhammad Hazim Fida'iy Bin Khairizam (Grafik dan audio)
Hoirol Rohman Bin Abdul Manaf (Grafik dan audio)








Saturday, September 2, 2017

Quiz Kahoot!

22.8.17

Pada 22.8.17 di makmal komputer 2 latihan Kahoot! topik 3 telah dijalankan selama 1 jam 30 minit. Banyak ilmu dan tips yang kami perolehi daripada aplikasi Kahoot! Aplikasi Kahoot! Ini adalah salah satu medium yang baharu untuk mengambil perhatian dan hati pelajar pelajar untuk meminati subjek Pengajian Malaysia . Bukan mudah untuk meminati subjek Pengajan Malaysia ini kerana generasi muda sekarang kurang didedahkan dengan sejarah sejarah yang terdahulu . Oleh itu , seiring dengan arus perdana yang sedang berkembang pesat , aplikasi Kahoot! Berjaya menambat hati pelajar untuk meminati subjek Pengajian Malaysia . Terima kasih kepada Puan Hafizah kerana tidak jemu untuk mengemukakan soalan soalan Kahoot! Kepada kami .


Kumpulan ParamesMalaqat amat berbangga dengan kejayaan Fariz Amir iaitu salah seorang anggota ParamesMalaqat kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam permainan ini . Secara umumnya , untuk bersaing dengan pelajar yang lain dalam permainan ini amat sukar kerana pelajar DLS1B tidak kurang hebatnya dan masing masing mempunyai kelebihan mereka sendiri . Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fariz Amir kerana berjaya menaikkan nama ahli kumpulan ParamesMalaqat .


Justeru itu , permainan dalam aplikasi Kahoot! Ini harus dilakukan secara kerap kerana semua pelajar amat suka bersaing sesama sendiri . Tetapi , ia adalah bersaing secara sihat bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Dengan aplikasi yang sangat mudah dan dapat diakses dengan hanya menggunakan telefon bimbit masing masing , pelajar lebih bersemangat untuk mendapat tempat pertama dan menguji minda mereka . Syabas kepada pencipta aplikasi Kahoot!
Prepared by: Fariz Amir 

Quiz 1 & Bilik TECC

Puan Norhafizah telah menjalankan Quiz 1 pada 18.7.17 dan menerangkan kegunaan dan kelebihan bilik TECC. Pada mulanya , kami tidak mengetahui tentang kewujudan bilik TECC ini . Perasaan kami apabila melangkah kaki untuk masuk ke bilik ini kami merasakan satu suasana yang ceria kerana bilik tersebut penuh dengan warna warna yang ceria tambahan dengan Puan Hafizah yang makin hari makin cantik orangnya . Bilik TECC ini lengkap dengan pelbagai teknologi canggih seperti boleh menulis di whiteboard dengan hanya menggunakan jari . Puan Hafizah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba teknologi yang sangat canggih ini .  Bilik TECC ini sesuai untuk sesi subjek Pengajian Malaysia kerana ia penuh dengan warna warna yang ceria serta kemas dan teratur .

Perasaan yang sangat gembira jelas terpancar di wajah kami ini apabila sesi pengajaran dilakukan di dalam bilik TECC . Bilik TECC yang sangat luas membuatkan semua pelajar berasa selesa untuk berada di situ. Pelajar pelajar yang kerap mengantuk di dalam kelas tidak akan berasa ngantuk kerana keindahan dan keunikan bilik TECC itu sendiri . Setelah kami diperkenalkan dengan bilik TECC, Kami dikehendaki menjawab Kuiz 1 yang pertama kalinya di dalam sem 1 ini untuk subjek pengajian  Malaysia . Semua pelajar memerah otak untuk mengingati segala apa yang dipelajari pada hari sebelumnyaa. Kuiz 1 dan sesi penegenalan di bilik TECC berjalan dengan lancar dan menggembirakan hati kami semua . Terima kasih kepada Puan Hafizah .


Prepared by:Nur Erra Syakira

Group Discussion!

Puan norhafiza telah memecahkan kepada beberapa buah kumpulan untuk membuat tugasan blog atau e-folio pada 14.6.2017


Prepared by: Al Zafran

SESI PNP BERSAMA PUAN HAFIZA

Puan Norhafiza berwajah ayu serta cantik menawan  telah mengajar kami pada 4.7 17 tentang bab 1 iaitu kerajaan melayu baru iaitu topik ini menjelaskan sejarah Tanah Melayu bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan-kerajaan Melayu Baru . Kami sayang Puan :)

kronologi kesultanan melayu melaka ialah :-


1)pembesar berempat
2)pembesar berlapan
3)pembesar enam belas
4)pembesar tiga puluh dua




Prepared by: muhammad aqqif