Monday, October 2, 2017

Sesi pnp

23.8.2017
Assalammualaikum ...puan afizah telah mengajarkn kami tentng bentuk hubungan luar iaitu ASEAN,OIC,KOMANWEL,NAM,PBB

*Dasar luar malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara untuk keamanan negara dan duni
*Terdapat beberapa Matlamat dasar luar malaysia iaitu :
-menjamin keselamatan rakyat dan negara
-memelihara kepentingn nasional dan mengekalkan kedaulatan
-menggalakkn kemajuan
-menjamin kemanan sejagat

Selain itu terdapat beberapa info atau maklumat tentng bentuk hubungn luar yang boleh dirujuk di gmbar dia atas.

                                          Hoirol rohman

Monday, September 25, 2017

Projek blog


SEMAKAN TENTANG PROJEK BLOG




Pada 25.9.17 puan telah menyemak dan para pelajar telah membentangkan blog kumpulan masing-masing untuk dilihat oleh puan Hafizah.

Puan juga telah menunjuk ajar untuk menggunakan powtoon dan pelbagai aplikasi untuk membuat video dan audit video2 yang kurang memuaskan.

sekian laporan dari saya

preapred by: muhammad Aqqif

Sesi pnp

SESI PNP BERSAMA PUAN NORHAFIZAH










PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Puan Hafizah telah menerangkan dan membincangkan di dalam kelas pada 2.8.2017 dan mengajar para pelajar dls1b tentang perlembagaan malaysia iaitu berfungsi sebagai Undang-undang Dasar yang akan menentukan kuasa dan pemerintahan kerajaan Malaysia. 

ciri-ciri perlembagaan persekutuan dapat dibahagikan ke 6 iaitu;-
1)Raja berpelembagaan
2)ketertinggian perlembagaan
3)demokrasi berparlimen
4)kebebasan undang-undang
5)agama islam
6)pengasingan kuasa

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah ;-
1)bahasa
2)agama
3)hak istimewa orang melayu
4)hak asasi
5)kewarganegaraan

Kelima-lima perkara pada rajah ini tidak boleh dibangkitkan, disanggah atau dipersoalkan dalam parlimen atau dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri oleh mana-mana ahli dewan.

sekian

prepared by: Muhammad Aqqif

Sunday, September 24, 2017

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor






Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain dari itu, beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Beliau juga menyampaikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Kuala Lembah Kelang.





Pengalaman


  •  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan AntarabangsaPertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)– (1999 – 2001)
  •  SUA JIM (2001 – 2003)
  •  Naib Presiden JIM (2003 – 2005)
  • Ahli Dewan Perwakilan Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia (2010 – sekarang)
  •  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Negeri Selangor (2010-sekarang)
  •  Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (2010 - sekarang)
  •  Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) (2006 - sekarang)

 Penulis enam buah buku isu Palestin:

  • Israel – Kenapa Dunia Tidak Boleh Iktiraf?
  •  Berdamai Dengan Israel – Berapa Harganya?
  •  Dalang di Palestin (HAMAS atau Israel?)
  • Air Mata Gaza
  •  Palestine : Unrivalled Oppression
  •  Membongkar kejahatan Israel
Fariz amir &Hoirol Rohman

Wednesday, September 13, 2017

Minggu Kemerdekaan





Disediakan oleh: Mohamad Shamim , Fariz Amir , Rohman , Zafran & Aqqiff



 
Beberapa anggota kumpulan kami menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Kelab SAHABAT PMJB. Antara pertandingannya ialah teka silang kata, teka nama tokoh, mencipta logo dan jawab cepat.






Seramai 6 anggota Parames Malaqat berjaya memenangi pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Fariz, Rohman, Shamim, Al-Zafran, Aqif dan Erra Syakira.




Sekian laporan kami pada kali ini, Terima Kasih


Tuesday, September 12, 2017

Minggu Perbentangan


     Disediakan oleh: Mohamad Shamim dan Hazim Fida'iy

Kami berkumpul bagi mengemas kini blog dan video kami berada dalam keaadaan baik dan teratur.





Akhirnya kami dapat berkumpul bersama selepas beberapa pelajar yang baharu mendaftarkan diri menyertai kumpulan kami.



Inilah "tagline" kumpulan kami yang berpaksikan nama kumpulan kami iaitu Parames Malaqat yang bermaksud tempat berlindung.




Tuesday, September 5, 2017

SESI PNP



Assalamualaikum. Pada 5/9/2017, Puan Hafizah telah mangajar kami Topik 6 iaitu tentang Rancangan dan Visi Pembangunan. Daripada topik ini, kita dapat mengenal pasti isu-isu yang diketengahkan dalam setiap rancangan pembangunan negara serta visi kerajaan dalam pembangunan.


prepared by: Ain Nazihah & Erra Syakira